Monday, 17 June 2013

Petua Hilangkan Gastrik

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share petua2 yang boleh untuk melegakan gastrik :

1) minum susu segar atau susu kambing (aku minum HiGoat). jangan minum susu low fat dan yang sewaktu dengannya.
 
2) ketuk 2 ulas bawang putih, rendam dalam secawan air panas. tutup cawan tu. biar agak2 dah suam, minum air tuh. rasanya pedas-pedas + rasa bawang putih.

 
3) ambik pasir pantai. bersihkan. kemudian goreng..(haikkk.... bukan untuk dimakan ye!). pas tu ambik kain perca/kain tuala nipis/kain2 yang sesuai (aku guna kain batik). tuamkan kat perut dan sekitar dan bawah pusat. kalau ada angin, akan keluarlah angin tu kat bawah. biasa akan rasa menyucuk-nyusuk.
pasirpantai.com

4) buat refleksologi...
 
5) ambik supplement. sekarang ni aku ambik ESP Shaklee. ginger peppermint sesuai juga  untuk keluarkan angin tetapi tak sesuai dengan aku. makin 'bergelora' perut aku. anak sedara aku kata garli Shaklee pun ok gak... yang ni aku belum try. dapatkan nasihat dari dealer shaklee yang sah.
6) rendam kaki dalam air suam+garam kasar/garam bukit. bila kita berpeluh, automatik angin akan keluar ... experience aku la...
 
7) boleh jugak try minum air halia  (aku tak sesuai minum air halia)
 
8) yang paling murah dan menjimatkan ialah rajin-rajin lah bersenam... aku kekadang malas juga nak bersenam. en hubby dah beli beskal statik tuh... bila gastrik menyerang baru la teringat nak berkayuh... ish..ish..ish... jangan tiru macam saya

9) jaga makan. makan ikut waktu.

Rasanya setakat ni dulu petua aku berkenaan gastrik.

Gambar-gambar di atas bukan kepunyaan aku...

Tuesday, 11 June 2013

Lupakan.....lupakan....

Assalamualaikum
N3 yang lepas aku ada cerita pasal aku berdebar2 dan lemah longlai. Kita sambung ek stori nih.

Seminggu aku tak pergi kerja. Last-last mak sedara aku call. aku pun cerita la kat dia. Huh... apalagi dia terus bawa kau pergi Darus Syifa. Masa tu bulan Ramadhan. Alhamdulillah aku boleh puasa. Perawat kat situ tak cakap apa2 pun.

Lepas raya, mak sedara aku dapat tahu ada sorang ustaz dari KL datang ke sini setiap bulan. Ustaz Lokman... alaaa.... pak mentua Ashraf Muslim tu. Dia 'scan' aku. katanya aku kena sihir dan ada 13 ekor jin kat belakang dan bahu aku. ... Alhamdulillah lepas tu aku rasa ringan sikit badan aku ni. Tapi yang nyata semua peristiwa yang aku alami menyebabkan aku jadi lemah semangat.

HABIS CERITA

Aku dah tak nak cerita pasal yang dului-dulu tuh.... Aku cerita keadaan aku sekarang ...

Semangat aku semakin pulih. aku pun dah boleh bawa kereta. TETAPI akibat daripada itu aku telah mendapat penyakit GASTRIK @ GERD @ ANGIN DALAM BADAN.
 
Tak leh makan makanan yang berangin (mcm kacang ...oh my feveret, roti ...kekadang makan jugak dll)
tak boleh stress... a BIG NO... NO... NO...

ooooppppsssss..... sampai sini dulu. next time aku cerita apa yang aku  buat untuk hilangkan gastrik...