Assalamualaikum
Segala-galanya bermula pada suatu malam ketika aku di shopping complex. Aku membongkokkan badan nak ambik barang yang berkenan, tiba-tiba bahagian belakang aku rasa panas dan serentak dengan itu, jantung aku berdegup dengan kencang sehingga aku berpeluh satu badan. Masa tu aku dengan anak aku yang sulung ... umur 6 tahun masa tu. Aku cepat-cepat keluar dan beli air mineral kat luar dan minum hampir 1 botol. Kemudia aku call kakak ipar aku (aku pi shopping dengan dia & bibik MIL aku). Aku tunggu diorang selesai bayar dan balik. Aku yang kena drive sebab yang lain semua tak leh drive. Dalam terketar-ketar dan jantung berdegup laju Alhamdulillah aku berjaya sampai rumah.
| I do not own this picture |
Sampai rumah, habis semua badan aku rasa kebas dan tak bermaya. Keesokkanya aku rasa pening2 tapi Alhamdulillah ok jer.
Seminggu selepas tu aku, aku round 1 bandar dengan jalan kaki. Kerja aku kena pegi bank, settlekan bil dan lain-lain yang berkaitan. Masa turun tangga kat salah satu bangunan, tiba-tiba rasa panas belakang dan berdebar-debar datang balik. Aku rehat sekejap kat kerusi di lobi. Aku call kawan kat ofis maklumkan keadaan aku. Alhamdulillah berjaya balik.
Apa yang tak kena dengan aku yer???? .......