Monday 17 June 2013

Petua Hilangkan Gastrik

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share petua2 yang boleh untuk melegakan gastrik :

1) minum susu segar atau susu kambing (aku minum HiGoat). jangan minum susu low fat dan yang sewaktu dengannya.
 
2) ketuk 2 ulas bawang putih, rendam dalam secawan air panas. tutup cawan tu. biar agak2 dah suam, minum air tuh. rasanya pedas-pedas + rasa bawang putih.

 
3) ambik pasir pantai. bersihkan. kemudian goreng..(haikkk.... bukan untuk dimakan ye!). pas tu ambik kain perca/kain tuala nipis/kain2 yang sesuai (aku guna kain batik). tuamkan kat perut dan sekitar dan bawah pusat. kalau ada angin, akan keluarlah angin tu kat bawah. biasa akan rasa menyucuk-nyusuk.
pasirpantai.com

4) buat refleksologi...
 
5) ambik supplement. sekarang ni aku ambik ESP Shaklee. ginger peppermint sesuai juga  untuk keluarkan angin tetapi tak sesuai dengan aku. makin 'bergelora' perut aku. anak sedara aku kata garli Shaklee pun ok gak... yang ni aku belum try. dapatkan nasihat dari dealer shaklee yang sah.
6) rendam kaki dalam air suam+garam kasar/garam bukit. bila kita berpeluh, automatik angin akan keluar ... experience aku la...
 
7) boleh jugak try minum air halia  (aku tak sesuai minum air halia)
 
8) yang paling murah dan menjimatkan ialah rajin-rajin lah bersenam... aku kekadang malas juga nak bersenam. en hubby dah beli beskal statik tuh... bila gastrik menyerang baru la teringat nak berkayuh... ish..ish..ish... jangan tiru macam saya

9) jaga makan. makan ikut waktu.

Rasanya setakat ni dulu petua aku berkenaan gastrik.

Gambar-gambar di atas bukan kepunyaan aku...

Tuesday 11 June 2013

Lupakan.....lupakan....

Assalamualaikum
N3 yang lepas aku ada cerita pasal aku berdebar2 dan lemah longlai. Kita sambung ek stori nih.

Seminggu aku tak pergi kerja. Last-last mak sedara aku call. aku pun cerita la kat dia. Huh... apalagi dia terus bawa kau pergi Darus Syifa. Masa tu bulan Ramadhan. Alhamdulillah aku boleh puasa. Perawat kat situ tak cakap apa2 pun.

Lepas raya, mak sedara aku dapat tahu ada sorang ustaz dari KL datang ke sini setiap bulan. Ustaz Lokman... alaaa.... pak mentua Ashraf Muslim tu. Dia 'scan' aku. katanya aku kena sihir dan ada 13 ekor jin kat belakang dan bahu aku. ... Alhamdulillah lepas tu aku rasa ringan sikit badan aku ni. Tapi yang nyata semua peristiwa yang aku alami menyebabkan aku jadi lemah semangat.

HABIS CERITA

Aku dah tak nak cerita pasal yang dului-dulu tuh.... Aku cerita keadaan aku sekarang ...

Semangat aku semakin pulih. aku pun dah boleh bawa kereta. TETAPI akibat daripada itu aku telah mendapat penyakit GASTRIK @ GERD @ ANGIN DALAM BADAN.
 
Tak leh makan makanan yang berangin (mcm kacang ...oh my feveret, roti ...kekadang makan jugak dll)
tak boleh stress... a BIG NO... NO... NO...

ooooppppsssss..... sampai sini dulu. next time aku cerita apa yang aku  buat untuk hilangkan gastrik...

Wednesday 1 May 2013

Kisah Bermula




Assalamualaikum

Segala-galanya bermula pada suatu malam ketika aku di shopping complex. Aku membongkokkan badan nak ambik barang yang berkenan, tiba-tiba bahagian belakang aku rasa panas dan serentak dengan itu, jantung aku berdegup dengan kencang sehingga aku berpeluh satu badan. Masa tu aku dengan anak aku yang sulung ... umur 6 tahun masa tu. Aku cepat-cepat keluar dan beli air mineral kat luar dan minum hampir 1 botol. Kemudia aku call kakak ipar aku (aku pi shopping dengan dia & bibik MIL aku). Aku tunggu diorang selesai bayar dan balik. Aku yang kena drive sebab yang lain semua tak leh drive. Dalam terketar-ketar dan jantung berdegup laju Alhamdulillah aku berjaya sampai rumah.
I do not own this picture

Sampai rumah, habis semua badan aku rasa kebas dan tak bermaya. Keesokkanya aku rasa pening2 tapi Alhamdulillah ok jer.

Seminggu selepas tu aku, aku round 1 bandar dengan jalan kaki. Kerja aku kena pegi bank, settlekan bil dan lain-lain yang berkaitan. Masa turun tangga kat salah satu bangunan, tiba-tiba rasa panas belakang dan berdebar-debar datang balik. Aku rehat sekejap kat kerusi di lobi. Aku call kawan kat ofis maklumkan keadaan aku. Alhamdulillah berjaya balik.

UJIAN dan CABARAN sebenar bermula di detik ini. Sampai masa, aku pun balik ke rumah dari ofis. Dalam perjalanan tu la, tiba-tiba aku rasa semacam jer... (tak tahu nak xplain).... aku berenti kereta aku kat tepi jalan dan tiba-tiba aku rasa tak bermaya. Tak boleh drive dah.... huhuhu..... aku call en asben mintak tolong ambik..... Itulah kali terakhir aku drive sebelum aku start drive balik setahun yang lepas.....

Apa yang tak kena dengan aku yer???? .......

Tuesday 30 April 2013

1st entry

Assalamualaikum

Hati terpanggil untuk menukilkan apa yang tersirat, terbuku dan terpendam.... chewahhh.... bermadah seloka la pulaks...

aku ni tak pandai sangat bab bab luah hati tapi aku ada terbaca dalam majalah, menulis jurnal atau diary bagus untuk terapi stress kita. sebabnya kat situ  kita tulis apa saja yang kita rasa... nak hentam... nak puji... nak 'angkat bakul sendiri'.... apa-apa pun boleh. tapi hati-hati tau....manalah tau orang yang kita hentam, kita kutuk terbaca pulak..... kes naya tuh.... kata pepatah
TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA PUNAH BINASA.
perahu lanun...... hehehe...

aku ni tak la stress tapi kerana penyakit selalu datang, stress la jadinya. penyakit yang tidak sakit tapi meninggalkan rasa tak selesa sehinggakan aku rasa tak selesa dan mudah penat. semuanya bermula pada tahun 2008 di hari jadi aku... (sampai la ni aku phobia nak sambut birthday.... tapi tak la aku tunjukkan aku fobia....) ... hah kan aku dah kata. aku tak pandai sangat nak luah kat depan orang. aku tanggung sorang-sorang, depan orang aku tunjuk aku kuat. aku pulak jenis payah nak nangis... tak macam kebanyakan perempuan... (sori kaum sejenis ku....)
 

sampai jumpa lagi....